Tujuan utama jagaan waktu mengandung ialah menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi sehingga selamat melahirkan anak.
Setiap pasangan kelamin patut mempunyai rancangan tetapi pembangunan keluarga mereka. Jika boleh, sediakan rancangan lima tahun. Tegasnya setiap kehamilan adalah hasil rancangan lima bukan sebagai satu kemalangan atau tidak disengajakan. Sebelum kehamilan berlaku, wanita berkenaan sudah bersedia dengan memenuhi beberapa syarat yang tersebut di bawah ini.
Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.
Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.
Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.
Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalamvaricose veins dan ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.
Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakittoxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.
Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.
Ada juga masalah yang dialami ketika hamil itu memerlukan rawatan segera. Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu, tetapi janin yang dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada tanda-tanda seperti berikut:
Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa. Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.
Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.
Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.
No comments:
Post a Comment